CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, April 16, 2009

suatu petang....

Suatu petang di sebuah 'supermarket'.... Seorang lelaki muda tengah berjalan di bahagian barang-barang dapur apabila dia terperasanseorang perempuan tua yang tengah memandangnya dengan mata yang tak berkelip-kelip. Lelaki muda itu pun terasa pelik..dia terus berjalan ke bahagian buah-buahan tapi dari ekor matanya dia perasan lagi yang perempuan tua tu masih juga memandang dan mengekorinya. Last-last lelak itu pun buat dek jer...sebab dia ingat dia yang perasan. Lepas mengambil dua tin sardin dan lima biji epal, lelaki muda tu pun berjalan menuju kekaunter untuk membayar barang-barangnya tetapi di pertengahan jalan perempuan tua tadi tuh cepat-cepat memintas dan berdiri di depannya. "maafkan makcik nak!!" kata perempuan itu. "Makcik minta maaf bebanyak kiranya anak tak selesa dengan pandangan makcik tadi. Makcik bukannya apa, cuma wajah anak ni serupa macam arwah anak makcik yang meninggal bulan lepas" Mendengarkan kata-kata perempuan tua itu barulah dia faham kenapa perempuan itu asyik aje memandangnya. Timbul rasa kesian di hati lelaki itu. "Oh, begitu ke ceritanya makcik?maaflah saya tak tahu. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?" tanya lelaki muda itu. "Aaaa....mak cik ada satu permintaan kecil kalau anak tak keberatan" kata perempuan itu. "... bila makcik dah nak jalan keluar boleh tak anak lambai dan cakap 'babai... mak!!'? Terubat betulrindu makcik jika anak dapat tolong sebab arwah anak makcik selalu buat macam tuh pada makcik". "Oh boleh... takde masalah" kata lelaki muda tu. Setelah cashier memasukkkan semua barang-barangnya ke dalam plastik, perempuan tua itu pun berjalan keluar dan melambai tangannya ke arah lelaki muda itu. Lelaki muda itu pun melambaikan tangannya kembalidan melaung "Babai,mak!!!!". Setelah memerhatikan perempuan tua itu hilang dari pandangan dengan hati yang kesian, lelaki itu pun bergerak ke cashier untuk membayar barang-barangnya. "Jumlah semuanya RM130.70ye encik," kata cashier supermarket tuh. Terkejut lelaki tu mendengar kata-kata cashier tuh."Eh, kenapa mahal sangat ni cik, saya beli barang sikit jer macamana pulak sampai seratus lebih ni?" tanya lelaki itu. "Habis tuh mak awak kata awak nak bayarkan untuk dia sekali!" kata cashier tuh. "Haah???????!!!!"....
***Moralnya,Buat baik berpada2, buat jahat jangan sekali tapi 2, 3, 4,5 kali.........

3 comments:

che-deal said...

Sampai hati makcik tuh buat saya begitu.
Sampai sekarang saya kerja kat supermarket kerana nak bayar harga barang2tuh..

Petikan: Metro Ahad yang dipetik dari pengalaman suka duka saya.

saljuhumairah said...

eh...che-deal..
mcm pernah ingat la cite nih...

saya lah mokcik tu...saya menyamar jerk...talak luit mau bayar ma...

thanks che-deal sebab tolong bayar sama gua punya balang...nanti kalau ala sumur di lalang, boleh bayar lagi deh..

manirah said...

saye la cashier tu..sbnrnya makcik tu da byr pon.sy npk korang dok syiok buat drama, saya rembat msk poket ar..moral of da stori..jgn caye sape2 pun even lecturer kite or AR sdiri...hwawawa..