Baru jer plan nak blk kg melawat nenek, aku da dpt emergency call yg nenek aku dah tenat dan tepat ari khamis,jam 1.30 ptg beliau telah menghembuskan nafas yg terakhir di Hospital Raub. Aku bergegas pulang ke kampung namun tak sempat jugak menatap wajahnye yg terakhir kerana arwah telah dikebumikan selepas asar. Memang rase ralat tapi nak buat macammane dah x sempat kite kena la redha. Terngiang- ngiang kata- kata nya pada Februari lepas yang arwah selalu mengadu kat aku yg die sakit lutut.mintak aku urut. Asal sape2 yg lalu depan die akan mengadu x kire brape kali pun..kelakar!Sebenarnya arwah selalu ingt2 lupa mungkin kerana beliau sudah tua. Kdg2 arwah ingat nama aku kdg lupa. A ku suka bergurau dgn arwah kerana arwah suka gelak dan suka bermain dgn budak2. Masih teringat semasa arwah tinggal kat umah aku, die terkunci dlm bilik 3x sehari kerana sakit nyanyuk. Las skali kitorg pecahkan tombol pintu dan nampak arwah dah berpeluh peluh krana terkunci. Walaupun aku dan famili tinggal di Kelantan, tapi kitorg selalu balik ke kampung time kenduri dan cuti pjg. Kenangan bersama arwah akan ku kenag sehingga ke akhirnya..Kini, aku telah kehilangan 3 org yg bermakna dalam hidupku. Semoga Allah mengampunkan segala dosa Aminah Binti Awang......
Monday, May 11, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)